Muka ada banyak senyum ini orang – penulis INTRADAY.my yang bergeli hati.
Produk terbaharu Tesla, ‘Cyberwhistle’ laris dijual kerana ciapan (tweet) Elon Musk di Twitter.
Elon Musk telah melancarkan produk terbaharu Tesla yang diberi nama Cyberwhistle di laman media social, Twitter peribadinya dengan tweet yang berkata ‘Tiup wisel ini untuk Tesla’.
Blow the whistle on Tesla!https://t.co/c86hLA0iQK
— Elon Musk (@elonmusk) December 1, 2021
Elon Musk menambah bebenang dalam tweet tersebut dengan berkata ‘Jangan bazirkan duit anda untuk barang mengarut Apple Cloth, beli wisel kami ini lebih baik’.
Tweet tersebut merupakan satu sindiran yang ditujukan kepada pembuat iPhone tersebut yang mengeluarkan sehelai kain microfiber yang bernilai US$9 pada bulan lepas.
Cyberwhistle tersebut diinspirasikan daripada reka bentuk Cybertruck, sebuah trak pickup yang diumumkan oleh Musk pada 2 tahun lalu dan dijangka akan dikeluarkan pada tahun ini namun dipindah ke tahun depan atas beberapa faktor.
Menurut keterangan laman web Tesla, Cyberwhistle edisi terhad tersebut merupakan koleksi premium yang diperbuat daripada keluli tahan karat gred pembuatan dengan kemasan yang digilap dan ciri lampiran bersepadu untuk fleksibiliti tambahan.
Cyberwhistle tersebut diletakkan dibawah kategori produk gaya hidup di dalam laman web Tesla yang termasuk barangan seperti decanter bernilai $150, cawan berlogo ‘S3XY’ bernilai $30 dan beberapa model diecast kenderaan syarikat.
Dalam pada itu, beberapa bulan ini Elon Musk telah terlibat dengan saman atas dakwaan gangguan seksual dan penderaan perkauman di kilang Fremont di California.
Jessica Barraza yang bekerja syif malam di kilang itu berkata dia mengalami gangguan catcall ‘hampir setiap hari’ dan gangguan seksual sementara Owen Diaz, seorang pekerja berketurunan Afrika-Amerika mengatakan didera atas sebab permusuhan kaum.
Tesla mempertikaikan kepustusan itu tetapi mengakui yang mereka ‘tidak sempurna’.