Sentimen berisiko dalam pasaran menekan dagangan dolar Aussie untuk diperdagangkan lebih rendah pada sesi Asia.
Kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi global, yang dipimpin oleh data ekonomi AS yang lemah telah mencetuskan risiko dalam pasaran menyebabkan pelabur beralih ke matawang US dolar sebagai safe-haven.
Sementara itu, situasi wabak Covid-19 di Australia yang menyebabkan langkah penutupan di Sydney dilanjutkan selama satu minggu lagi, turut meletakkan dagangan dolar Aussie di bawah tekanan.
Pelaksanaan sekatan di Sydney telah dijalankan selama hampir dua minggu, dan pelanjutan ini akan membawa bandar terbesar di Australia itu memasuki minggu ketiga yang dijadualkan berakhir pada 16 Julai.
Dolar Aussie didagangkan mendatar pada sesi Asia selepas mencatatkan penyusutan berbanding US dolar yang kembali meningkat menjelang pengeluaran minit mesyuarat Fed.
Disebabkan ketidakpastian yang ditimbulkan oleh Covid-19, menyebabkan Reserve Bank of Australia (RBA) terus mengambil pendekatan dovish dengan mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada Selasa.
RBA juga melanjutkan pembelian bon kerajaan sehingga pertengahan November, sebelum melakukan tinjauan seterusnya untuk mempertimbangkan sama ada ia akan dilanjutkan atau tidak.