Emas mempertahankan keuntungan untuk didagangkan di atas harga $1,800 per auns di tengah kemerosotan hasil bon AS dan kebimbangan pasaran terhadap tekanan inflais yang meningkat.
Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan sedikit susut pada $1,803 per auns, tidak jauh dari paras ketinggian satu bulan yang dicapainya pada Jumaat lepas. Sementara niaga hadapan pula berlegar pada $1,805 per auns.
Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula sedikit merosot pada 1.63%. Namun begitu, kenaikan yang dicatatkan indeks dolar membuatkan dagangan logam kuning emas terbatas dari meneruskan peningkatan.
Suasana pasaran kini dilihat lebih berhati-hati menjelang mesyuarat polisi beberapa bank pusat utama pada minggu ini, seperti Bank Pusat Eropah, Kanada dan Jepun.
Walaupun tiada perubahan yang dijangkakan daripada bank pusat, tetapi sebarang pernyataan mengenai tekanan inflasi mungkin akan mempengaruhi pergerakan buat dagangan emas.
Tekanan inflasi yang meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah mendorong harga emas untuk menokok lebih tinggi, namun pada masa yang sama pengetatan semula rangsangan monetari oleh bank pusat menyebabkan keuntungan yang diraih emas terhad.