Walapun pergerakan pada kadar perlahan, namun corak penurunan harga dilihat berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/JPY untuk dagangan awal minggu.
Walaupun data jualan runcit dan kadar pengangguran di Jepun yang diterbitkan pada sesi Asia hari ini mencatatkan bacaan yang lemah, namun Yen dilihat bergerak lebih baik berbanding Euro.
Ini kerana pelabur masih melihat kecenderungan untuk mata wang Euro terus mengalami penurunan nilai berdasarkan petunjuk dovish oleh bank pusat Eropah (ECB).
Terbaru, ahli ECB Robert Holzmann mengeluarkan kenyataan bahawa masih tiada ruang untuk bank pusat menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat berikutan kadar inflasi masih lemah.
Dengan penyusutan Euro menambahkan lagi tekanan terhadap penurunan harga ke paras lebih rendah pada carta EUR/JPY.
Jika diperhatikan pada daganga minggu lalu, kenaikan harga terbantut di zon rintangan 132.500 sebelum pergerakan mendatar kemudiannya pamerkan corak penurunan bersambung di awal minggu ini.
Harga yang mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menambahkan lagi isyarat untuk trend penurunan harga.
Penurunan yang dijangka bersambung pada hari ini (Selasa) akan menguji zon tumpuan terhampir sekitar 131.500 sebelum ke paras sokongan 131.000.
Untuk penurunan lebih rendah yang diteruskan, zon support pada 130.00 dilihat akan menjadi sasaran harga yang turut diuji pada awal dagangan minggu lalu.
Sementara jika harga membuat kenaikan semula, zon rintangan 132.500 kembali diuji seperti minggu lalu.
Jika zon tersebut berjaya ditembusi, kenaikan leih tinggi dijangkakan untuk menuju pula ke paras sekitar 133.400 sebelum ke zon rintangan 134.200 untuk mencatatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI