Bitcoin (BTC) mencatatkan rekod paras tertinggi (ATH) terbaru pada pagi ini pada harga, $47,131 susulan daripada pengumuman pelaburan oleh Tesla Inc pada malam tadi.
Tesla dalam kenyataannya mendedahkan telah membuat pelaburan dalam Bitcoin sebanyak 7.7% iaitu bernilai $1.5 bilion, menjadikan firma itu antara syarikat gergasi yang memiliki pegangan dalam matawang kripto itu.
Penganalisis mengandaikan, selepas Tesla ada kemungkinan beberapa firma lain akan turut menceburi sektor ini dan menurut penganalisis Royal Bank of Canda Dominion Securities, Paul Steves salah satu daripadanya ialah Apple.
Jika Apple bertindak melancarkan pertukaran kripto atau membeli Bitcoin, tidak mustahil pendapatan tahunan firma itu mencecah $40 bilion.
Bagaimanapun, ketika penulisan Bitcoin didagangkan pada $45,525 dengan lonjakan lebih 19% dalam 24 jam, diikuti dengan kumpulan altcoin dan token DeFi yang turut mencatatkan rekod tertinggi.
Misalnya, Ethereum (ETH) tengah malam tadi dan Polkadot (DOT) awal pagi tadi berjaya catat rekod ATH baru masing-masing pada $1,770 dan $23.61. Manakala, Terra (LUNA) dan BitTorrent masing-masing melonjak 100%.
Nilai permodalan pasaran matawang kripto ketika artikel ini ditulis mencecah $1.3 trilion.