Harga pengguna Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan meningkat dengan kukuh pada bulan Februari, dimana kenaikan ini telah mendorong lonjakan tahunan terbesar dalam setahun.
Walaupun begitu, kadar inflasi tetap berada paras yang stabil dan beberapa jenis perkhidmatan termasuk perkhidmatan penerbangan meningkat secara beransur-ansur di tengah krisis Covid-19 yang semakin pulih.
Jabatan Tenaga Kerja mengatakan pada hari Rabu indeks harga pengguna meningkat 0.4% pada bulan lalu setelah meningkat 0.3% pada bulan Januari. Dalam tempoh 12 bulan sehingga Februari, IHP meningkat 1.7%, iaitu satu kenaikan terbesar sejak Februari 2020, setelah naik 1.4% pada Januari.
Berdasarkan soal selidik oleh pakar ekonomi , bacaan ini selaras dengan ramalan pakar ekonomi. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.06% kepada paras tukaran 91.915 susulan laporan CPI diumumkan.