US dolar tercorot ke paras terendah tiga tahun pada hari ini setelah pengerusi the Fed, Jerome Powell mengatakan bahawa bank pusat AS akan terus mengekalkan dasar kadar faedah pada tahap yang rendah dan meneruskan pembelian bon. Perkara ini telah menimbulkan kekhuatiran mengenai pertumbuhan inflasi yang semakin pantas.
Keraguan tersebut telah mendorong pengukuhan matawang komoditi kerana ia terkait dengan inflasi. Dolar Kanada,Australia, dan New Zealand mencapai tahap tertinggi berbanding US dolar.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama menyusut sebanyak 0.51% kepada paras tukaran 89.705. Pada masa yang sama, matawang pound terus mengukuh kerana kemajuan proses vaksinasi Covid-19 di Britain.
Komitmen Fed terhadap kadar yang sangat rendah telah menyebabkan sebilangan pelabur bimbang inflasi akan melonjak lebih tinggi apabila Kongres melancarkan pakej rangsangan fiskal tambahan yang berjumlah besar.
Kelemahan dolar dalam beberapa hari kebelakangan ini juga disebabkan kenaikan dalam pulangan hutang A.S. Pasaran Buruh A.S dilaporkan semakin pulih apabila tuntutan awal pengangguran kurang dari jangkaan pada minggu lepas. Bacaan tuntutan awal pengangguran adalah sebanyak 730,000 berbanding minggu sebelumnya sebanyak 841,000.
Pasaran terus memberi tumpuan pada pakej rangsangan dan hasil bon A.S