PayPal dilaporkan akan mengambil langkah susulan dalam agenda kripto mereka dengan melancarkan ‘super app wallet’ untuk pengguna Amerika. PayPal dalam perancangan akan melancarkan versi yang ditambah baik dalam beberapa bulan akan datang.
Hal ini diumumkan oleh Dan Schulman Ketua Pegawai Eksekutif syarikat dalam laporan pendapatan Q2 2021 PayPal bahawa firma akan meningkatkan perkhidmatan aset digital dengan menawarkan aplikasi kripto yang telah dinaiktaraf. Aplikasi tersebut dinamakan “super app wallet” dimana ia akan memberikan lebih banyak manfaat dan akses awal ke dana deposit.
Schulman memberi jaminan bahawa aplikasinya sudah ‘lengkap’.Syarikat AS merancang untuk melancarkan ‘super app wallet’ dalam beberapa bulan akan datang. Untuk peringkat awal, perkhidmatan ini hanya akan tersedia untuk pengguna Amerika Syarikat.
Baru-baru ini juga PayPal menaikkan had pembelian aset digital yang membolehkan pelanggan berdaftar kini dapat membeli hingga $ 100,000 dalam aset kripto setiap minggu tanpa had bulanan atau tahunan.
Berdasarkan laporan bulan Mei, pendapatan PayPal telah melebihi jangkaan lebih dari $ 6 bilion pada Q1 2021. Menariknya, CEO Dan Schulman mengatakan bahawa keuntungan tersebut sebahagian besar didorong oleh aset kripto.
Tambah eksekutif PayPal pengguna perdagangan platform kripto telah menunjukkan minat yang besar terhadap aset kripto dengan sekurang-kurangnya separuh daripada mereka membuka akaun PayPal mereka setiap hari.
PayPal kini menggunakan Venmo sebagai pengantara dan firma perkhidmatan pembayaran mudah alih itu membolehkan lebih daripada 70 juta penggunanya membeli, menjual, atau memegang beberapa aset kripto seperti Bitcoin (BTC), Bitcoin Cash (BCH), Ethereum (ETH), dan Litecoin (LTC).