Pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler mendedahkan agensi penyeliaan itu tidak merancang untuk menyekat kripto.
Sebaliknya figura itu memberitahu sekatan terhadap sektor kripto adalah bergantung kepada keputusan anggota Kongres.
Dakwaan Gensler dalam pendengaran Selasa bersama House Committee of Financial Services mencerminkan kenyataan pengerusi Federal Reserves, Jerome Powell pada minggu lepas.
Selain daripada itu, Gensler masih berpendirian tetap berkaitan beberapa aspek termasuk:
- Tuntutan platform pertukaran kripto untuk berdaftar dengan SEC tetapi bursa desentralisasi (DEXes) bergantung kepada perundangan yang lebih ketat kerana wujudnya protokol berpusat sama seperti pertukaran berpusat.
- Risiko sistemik terhadap ekonomi negara dengan kehadiran stablecoins, lagi-lagi Pertumbuhan aset ini dilihat berlaku dalam jangka panjang dengan lonjakan 10x ganda pada tahun lepas.
Kenyataan Gensler tular pada hari yang sama wakil North Carolina, Patrick McHenry mahu undang-undang kripto dipinda dengan pengenalan rang undang-undang terbaharu.
Ketika kenyataan Gensler mengundang kesamaran berkaitan undang-undang kripto, idea McHenry dilihat membantu sektor kripto untuk lebih berkembang dengan ketelusan yang diterapkan.
Pasaran kripto pada pagi ini menunjukkan pergerakan yang positif. Bitcoin (BTC) didagangkan pada $51,320, meningkat 4.44% dalam 24 jam, diikuti dengan Ethereum (ETH) $3,485 (+2.96%).