Mungkin reka bentuk yang tidak unik kot orang dah kurang berminat dengan iPhone ini.
Apple Inc yang memang sedia mengalami masalah bekalan global kini menghadapi masalah baru iaitu permintaan yang perlahan.
Syarikat tersebut menyatakan pembekal komponennya bahawa permintaan untuk barisan iPhone 13 semakin mengurang dan menandakan bahawa sesetengah pengguna telah memutuskan untuk tidak mencuba untuk mendapatkan produk itu.
Terdahulu, Apple telah mengurangkan sasaran pengeluaran iPhone 13 bagi tahun ini sebanyak 10 juta unit yang menurun daripada sasaran 90 juta kerana kekurangan alat ganti.
Walaubagaimanapun, syarikat itu masih berada di landasan baik untuk rekod musim cuti dengan penganalisis meramalkan kenaikan pada kadar jualan sebanyak 6% pada US$117.9 bilion dalam 3 bulan terakhir tahun kalender.
Kekurangan dan kelewatan penghantaran telah membuatkan pengguna kecewa dan dengan inflasi disebakan varian Omicron telah menambahkang lagi kebimbangan kepada pembeli sehingga membuatkan permintaan berkurang.
Ini mungkin bermakna melangkaui iPhone 13 dan menunggu untuk menaik taraf tahun depan apabila penggantinya keluar adalah lebih baik.
iPhone merupakan produk utama Apple yang menyumbang kira-kira separuh daripada hasil US$365.8 bilion pada tahun fiskal yang lepas dan dengan iphone 13 serta pembawa nirwayar telah merancakkan lagi penjualan.
Ketua pegawai eksekutif Apple, Tim Cook berkata bahawa permintaan untuk produk Apple adalah ‘baik’ menjelang musim percutian walaupun menghadapi kekangan bekalan terutamanya cip pemprosesan yang merupakan masalah utama syarikat.
Sementara itu, rakan niaga Apple turut menghadapi masalah tekanan dimana syarikat pembekal cip utama Apple, Taiwan Semiconductor Manufacturing Co mencatat kejatuhan 12% pada bulan Oktober daripada bulan sebelumnya kepada US$4.8 bilion.
Ini termasuk juga syarikat pemasangan iPhone, Hon Hai Precision Industry Co yang meramalkan perniagaan mereka akan menyusut berbanding suku sebelumnya disebabkan oleh penurunanan dalam pengguna elektronik dan pengkomputeran akibat kekurangan cip.