VISA yang merupakan syarikat gergasi kewangan mendedahkan bahawa transaksi kripto kad VISA telah melebihi $ 1 bilion pada dua suku pertama tahun 2021. Sebelum ini, VISA telah menawarkan kemudahan perbelanjaan kripto melalui kadnya dengan kerjasama Coinbase, Circle, dan BlockFi. VISA dalam masa yang sama juga mengatakan bahawa perbelanjaan kripto dari tahun ke tahun di rangkaian VISA telah menyaksikan lonjakan yang besar.
CFO VISA Vasant Prabhu mengatakan bahawa mereka ingin menjadikan kripto sebagai salah satu bentuk transaksi yang paling berguna pada tahun-tahun mendatang. Tambah Prabhu,
” Pihak kami sedang giat untuk mewujudkan ekosistem yang menjadikan kripto lebih berguna dan lebih baik seperti matawang lain.”
Syarikat pemprosesan pembayaran telah bekerjasama dengan beberapa perniagaan kripto di seluruh dunia untuk memudahkan orang ramai membelanjakan simpan kripto mereka di mana-mana tempat pembayaran VISA diterima.
VISA sebelum ini telah terlibat dengan kripto selama lebih dari setahun. VISA kini melihat kripto mampu membawa perubahan dalam pasaran perbelanjaan pengguna yang berjumlah $18 Trillion. Peniagaan kripto VISA juga telah membuka pintu untuk perbelanjaan kripto terhadap lebih dari 70 juta rakan niaga.
VISA dan MasterCard, dua syarikat gergasi pemprosesan pembayaran telah bekerja secara aktif dengan perniagaan kripto sejak beberapa tahun kebelakangan ini bagi menjadikan perbelanjaan kripto lebih mudah. Perkongsian terbaru Mastercard dengan Gemini akan membolehkan pengguna memperoleh ganjaran kripto melalui penggunaan kad kredit.