Rangkaian Polkadot terus mendapat perhatian daripada kebanyakan para pelabur mengenai teknologi dan projeknya yang gah dan sering dikaitkan sebagai pesaing Ethereum.
Polkadot telah menunjukkan pergerakan harga yang agak memberangsangkan sejak kebelakangan ini, menghasilkan 32% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $33.85 dalam tempoh 2 hari.
Beberapa faktor yang telah mendorong pergerakan harga melonjak, antaranya adalah ‘lelongan slot parachains’.
Dapat diperhatikan pada carta pergerakan harga DOT/USDT.
Sesi dagangan bulan Ogos, DOT nampaknya telah berjaya menghasilkan lebih 93% lonjakan!
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga DOT dilihat sedang berlegar-legar didalam ruangan zon resistance $33 samada membuat correction atau bakal meneruskan kenaikan yang lebih tinggi.
Sekiranya pergerakan harga menunjukkan corak kenaikan, ia bakal menembusi zon resistance $33 tersebut dan seterusnya bakal membuat paras tertinggi berturut-turut.
Namun, sekiranya pergerakan harga menunjukkan corak penurunan, zon RBS (resistance become support) $29 bakal diuji kembali samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras yang lebih rendah.
Sewaktu penulisan, DOT didagangkan pada paras harga $32 melonjak lebih 6% dalam tempoh 24 jam terakhir.
Lihat gambar carta matawang kripto DOT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.