Firma berpangkalan di California, Rothschild Investment Corporation telah menambah pelaburannya di dalam Grayscale Bitcoin Trust (GBTC) sebanyak 6,000 saham.
Setakat Oktober 2020, Rothschild memiliki 24,500 saham GBTC. Ketika itu, Bitcoin (BTC) dalam fasa bullish tetapi masih didagangkan di bawah $20,000.
Dengan penambahan 24% baru-baru ini, menjadi jumlah keseluruhan saham GBTC yang dimiliki firma itu sekitar 30,454 saham, mewakili nilai sekitar $1 juta dengan setiap satu saham tersebut didagangkan pada $33.05.
Rothschild Investment membeli saham bitcoin Grayscale kali pertama pada 2017 tetapi hanya sekejap sahaja sebelum keluar daripada pelaburan itu.
Kemudian, firma tersebut sekali lagi membeli saham bitcoin dalam 2019.
Pelaburan Rothschild dalam GBTC menunjukkan minat yang semakin berkembang dalam kalangan pelabur institusi terhadap matawang kripto.
Misalnya seperti Grayscale, Microstrategy telah menambah pelaburan Bitcoin sekaligus menjadi antara penyumbang utama kepada lonjakan saham aset Satoshi Nakamoto itu.
PayPal juga tidak ketinggalan menyokong perdagangan matawang kripto setelah Bitcoin diangkat sebagai pelindung inflasi dan juga satu platform bagi pelaburan jangka panjang ketika dunia berhadapan dengan penularan wabak COVID-19.