Jom sambut tahun baru di dunia maya, Decentraland!
Pelabur kripto Digital Currency Group (DCG) dan firma hartanah Jamestown telah melancarkan One Times Square di Decentraland dan mahu membuat sambutan tahun baru di sana.
Kalau nak tahu, One Times Square merupakan milik Jamestown.
Ia merupakan bangunan 26 tingkat yang terletak di tengah-tengah Time Square New York City.
Kebiasaannya setiap 31 Disember, berlaku sambutan tahun baru ‘New Year’s Eve Ball Drop Celebration’ di bahagian atapnya.
Begitu juga yang mahu dilakukan mereka di One Times Square maya dalam Decentraland, berada di lot -106,-119 ketika ambang tahun baru esok.
Sambutan dijadualkan pada 11 p.m. EST (12 tengahari waktu Malaysia).
Usaha ini juga secara tidak langsung menjadi sambutan atau perayaan pertama yang diadakan di metaverse.
Senanglah lepas ni. Dah tak payah bersesak nak sambut tahun baru. Mungkin boleh sambut hari kemerdekaan dalam metaverse juga. Siapa tahu kan?
Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFT. Klik di sini untuk sertai.