Harga emas menjunam lagi ditekan oleh lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun dan sentimen pasaran yang semakin baik menyebabkan pelabur melepaskan pegangan safe-haven.
Pada sesi Asia, logam berharga itu diperdagangkan di sekitar $1,751 per auns, naik sedikit dari paras terendah satu bulan yang disentuh pada sesi sebelumnya pada $1,737 per auns.
Sentimen pasaran bertambah baik ketika Evergrande, firma hartanah gergasi di China dikatakan akan dapat mengelakkan kegagalan dan membayar hutang-hutangnya.
Ini juga dibantu oleh tindakan People’ Bank of China (PBOC) yang telah menyuntik kecairan ke dalam sistem kewangannya menjelang pembayaran faedah melalui ‘onshore bonds’ oleh Evergrande.
Hal ini bukan sahaja mendorong peningkatan semula dalam pasaran saham global, tetapi juga memacu kenaikan hasil bon perbendaharaan AS 10 tahun ke tahap tertinggi sejak Julai pada 1.43%.
Pelabur turut melepaskan pegangan terhadap safe-haven lain, seperti dolar greenback dan yen, dengan memacu matawang utama meningkat lebih tinggi.
Emas juga di bawah tekanan susulan jangkaan Federal Reserve (Fed) akan mula mengurangkan pembelian asetnya secepatnya pada bulan November dan kadar faedah mungkin dinaikkan lebih cepat dari dijangkakan.