Senat Amerika Syarikat meluluskan satu pakej perundangan bernilai $250 bilion, yang menawarkan kerangka kerja bagaimana AS merancang untuk mengatasi persaingan yang semakin meningkat dari China.
Sebahagian besar dari pakej tersebut bertujuan untuk meningkat kemampuan negara itu untuk bersaing dengan China.
Undang-undang tersebut akan memberi sokongan kewangan dari segi peningkatan pelaburan dalam penyelidikan dan pengembangan dalam teknologi canggih seperti kecerdasan buatan dan pendanaan untuk pengeluaran semikonduktor yang diperlukan untuk hampir semua teknologi digital.
Dengan undian 68 berbalas 32, Senat meluluskan Akta Inovasi dan Persaingan Amerika Syarikat.
Selepas mendapat kelulusan Senat, rang undang-undang tersebut akan dibawa ke peringkat Dewan Rakyat untuk mendapatkan undian, di mana ia dijangka akan berdepan dengan ketidakpastian memandangkan setiap anggota parlimen mempunyai tindakan mereka sendiri.
Sementara itu, dalam laporan berasingan, China menyatakan tentangannya terhadap rang undang-undang ini.
Menurut agensi berita Xingua, penggubal undang-undang menuduh Amerika sebagai ‘paranoid delusion’ dan mengatakan bahawa rang undang-undang AS akan merosakkan hubungan dua hala antara dua ekonomi terbesar di dunia, sekaligus menghalang mereka daripada melakukan kerjasama.