Perjanjian damai Ireland Utara 1998 berada dalam keadaan terancam dan terdapat kemungkinan ia akan membawa kepada krisis politik kecuali Kesatuan Eropah bersetuju untuk melakukan perubahan ketara dalam perjanjian Brexit.
Perjanjian 1998 itu dikenali sebagai Perjanjian Belfast atau Good Friday. Terkini, pengerusi Majlis Loyalist Communities Council, David Campbell mengutarakan pandangan komuniti yang memohon agar adanya dialog antara EU dan Ireland bagi mengubah Protokol Ireland Utara yang menurutnya telah melanggar prinsip-prinsip asas perjanjian 1998.
Menurut Campbell, jika tiada apa-apa perubahan dilakukan maka beliau berpandangan bahawa kemungkinan besar akan terjadinya krisis politik.Tambah beliau, kini rakyat sedang menyuarakan kemarahan beliau melalui beberapa protes kecil kerana kesepakatan Brexit adalah tidak adil.
Komuniti-komuniti mengatakan bahawa kesepakatan Brexit telah menghalang perbatasan keras antara Ireland Utara dan Ireland namun dalam masa yang sama perjanjian Brexit juga telah mengabaikan Ireland utara dimana ia secara efektif memutuskan Ireland Utara dari negara-negara lain di United Kingdom dengan mewujudkan perbatasan di laut Ireland.
Campbell dan beberapa orang berkepentingan berpendapat bahawa perjanjian Brexit adalah sepihak dan melanggar prinsip kesepakatan 1998 yang secara efektif memberi setiap masyarakat hak veto atas perubahan yang dapat memberi kesan yang signifikan pada masa depan Ireland Utara.
Setakat ini para peneliti mengambil keputusan untuk mengamati terlebih dahulu dan menyediakan langkah sepatutunya.