Raja kripto, Bitcoin (BTC) terus mencatatkan penyusutan harga sejak semalam, melepasi paras bawah $30,000 buat kali pertama sejak bulan lalu.
Koin tersebut susut lebih 8% daripada nilai tertinggi harian, $31,901 pada 19 Julai ke paras terendah harian, $29,267 pada 20 Julai.
Pergerakan BTC juga turut memberi impak kepada altcoins lain seperti Ethereum (ETH).
Ketika artikel ini ditulis, BTC didagangkan pada $29,562, susut lebih 3% dalam 24 jam.
Penganalisis menjangkakan harga aset ini akan menyusut lebih teruk sekitar $13,000 sehingga $12,000 jika BTC tembus simple moving average 50 hari (SMA50).
Manakala ketua pembangunan perniagaan firma pertukaran kripto, Luno, Vijay Ayyar menjangkakan aset itu akan menyentuh paras $20,000 dan pengujian semula di paras $40,000.
Ada segelintir penganalisis mengaitkan pergerakan suram pasaran kripto dengan sentimen negatif penularan varian Delta COVID-19 yang menyebabkan pembukaan semula ekonomi menjadi perlahan.
Tidak hanya itu, pasaran saham global juga turus menerima tempias keganasan varian Delta:
“Masih belum ada sebab yang jelas terhadap penyusutan ini tetapi apa yang pasti keadaan pasaran kripto ketika ini mencerminkan situasi pasaran global yang disebabkan varian Delta. Dow Jones Industrial Average juga menunjukkan penyusutan terbesar sejak Oktober,” – laporan Forbes.
Walakin begitu, penganalisis teknikal, Gregory Mannarino menyifatkan keadaan semasa adalah ‘fake news’ dan propaganda yang membuka kepada potensi penjualan aset besar-besaran.