Swipe yang dikenali sebagai SXP, semakin mendapat populariti kerana menghubungkan kegunaan kripto ke alam realiti.
Sesi dagangan minggu ini, Swipe telah menghasilkan 27% lonjakan mencapai paras tertinggi terbaru $4.58 pada sesi dagangan hari ini.
Walaupun pasaran hari ini menunjukkan pergerakan harga yang lemah, Swipe kekal menunjukkan pergerakan harga yang positif menarik perhatian para pelabur.
Kenyataan yang dikeluarkan dari ‘Houbi’ di twitter mengenai penyenaraian Swipe telah mendorong nilaian harga bergerak secara positif pada hari ini.
🔥Huobi Global Will List $SXP (Swipe)@Swipe 👏
Deposits: 04:00 August 25 (UTC)
Details: https://t.co/ERUh8NJWjv pic.twitter.com/h2ZJAc7MOK
— HTX (@HTX_Global) August 25, 2021
Jom kita lihat carta pergerakan SXP/USDT yang menarik perhatian para pelabur.
Sewaktu artikel analisa SXP dikeluarkan pada Jun lalu, SXP didagangkan pada paras harga $2.0.
Namun, secara konsistennya SXP telah menghasilkan 130% lonjakan sehingga sesi dagangan hari ini.
Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga dilihat masih kekal dengan corak kenaikan dan sedang berlegar-legar samada membuat correction atau meneruskan lonjakan yang tinggi.
Penganalisa kripto menjangkakan, sekiranya SXP kekal dengan corak kenaikan, paras resistance sekitar $4.40 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.
Manakala, sekiranya SXP kembali mempamerkan corak penurunan, paras RBS (resistance become support) sekitar $3.40 perlu diuji terlebih dahulu sebelum meneruskan penurunan ke paras yang terendah.
Sewaktu penulisan, SXP didagangkan pada harga $4.2 melonjak lebih 13% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada di kedudukan ke-108 dalam pasaran kripto.
Lihat gambar carta matawang kripto SXP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.