Swipe (SXP) Meroket 700% Lepas Keluar Kad Debit!

803

Matawang kripto semakin popular didunia kini disebabkan oleh peningkatan jumlah transaksi dan populariti secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Seperti Bitcoin, Ethereum dan matawang kripto lain, Swipe juga mendapat daya tarikan yang sama.

Swipe (SXP) merupakan token ERC-20 yang dibina dalam rangkaian Ethereum dan merupakan token ‘kewangan tidak berpusat’ (DeFi). Swipe yang dikenali sebagai SXP itu semakin mendapat populariti kerana menghubungkan kegunaan kripto ke alam realiti. Ianya dilancarkan pada 2018 sebelum dimiliki Binance pada Julai 2020.

Welcome To Swipe - Everyday Debit

Keunikan yang ada pada Swipe ialah mempunyai ekosistem wallet digital yang direka untuk membenarkan pengguna menggunakan matawang kripto untuk berbelanja samada di alam maya mahupun di alam realiti. Pada 2020 mereka telah memperkenalkan kad debit Swipe dengan kerjasama VISA untuk tujuan pembayaran.

Menarik perhatian pelabur, Swipe telah menyaksikan lonjakan harga yang agresif daripada $0.70 pada Januari 2021 kepada hampir $5.00 setakat 5 Mei 2021, peningkatan itu kira-kira 700% dalam hanya empat bulan.

Pada carta pergerakan harga SXP/USDT, pergerakan harga telah mencatat paras ketinggian sepanjang masa (ATH) terbaru $5.86 pada awal bulan Mei, malangnya kesan daripada kejatuhan Bitcoin (BTC) telah membuat penurunan sehingga ke paras sokongan sekitar harga $1.5 susut hampir 70%.

Dapat diilihat setelah membuat penyusutan, ia kembali membuat kenaikan semula tetapi gagal untuk menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar $2.6.

Para penganalisa kripto menjangkakan, jika pergerakan harga berjaya meneruskan trend bullish dan dapat menembusi zon SBR $2.4-$2.7, jangkaan untuk kenaikan yang lebih tinggi bakal menuju ke zon SBR seterusnya di paras harga $3.6 sebelum menguji paras rintangan seterusnya.

Namun sekiranya pergerakan harga tidak berjaya untuk mengekalkan trend bullish, pergerakan harga bakal kembali menguji zon sokongan $1.5 dan perlu menjadi pemerhatian seterusnya.

Lihat gambar carta matawang kripto SXP/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat