Kenyataan terkini dari seorang eksekutif kanan bank pusat Rusia (Bank of Russia) menyatakan bahawa bank itu sedang merancang untuk melancarkan prototaip untuk matawang digital Rubel pada akhir tahun 2021. Dengan ini Rusia bergerak selangkah untuk memperkenalkan matawang kripto yang disokong oleh Ruble.
Timbalan gabenor Bank of Russia, Alexey Zabotkin menyatakan bahawa prototaip yang akan dilancarkan nanti tidak akan berfungsi sebagai medium transaksi tetapi hanyalah sebagai ‘batu asas’ untuk keseluruhan ekosistem. Selepas prototaip pelancaran pada akhir tahun ini, bank pusat akan melakukan percubaan pada tahun berikutnya sebelum menerbitkan matawang digital secara menyeluruh.
Matawang kripto yang bakal diterbitkan adalah seperti CBDC yang ditambat oleh matawang Rusia, Rubel. Bank pusat itu menjangkakan matawang Rubel versi digital dapat mempercepatkan dan mempermudahkan pembayaran. Bukan itu sahaja pengguna dapat mengakses rubel digital secara atas talian mahupun bukan.
Pada awal tahun ini, Persatuan Bank Rusia (ARB) telah menyuarakan kebimbangan terhadap matawang kripto CBDC yang ditambat oleh matawang risiko. ARB melihat CBDC itu tidak kebal dari risiko penipuan dan keselamatan siber. Bank pusat telah memberi maklum balas akan mengemas kini konsep rubel digital dan menyiapkan model yang lebih mesra.
Sejak akhir-akhir ini Rusia telah membuat beberapa langkah untuk melonggarkan undang-undang kripto termasuk mengiktiraf kripto sebagai satu bentuk harta.