Presiden Kansas City Fed, Esther George dalam salah satu temubual memaklumkan bahawa ekonomi telah mencapai tahap yang ideal, dimana bank pusat sudah boleh menarik kembali langkah yang diterapkan.
Antara langkah awal yang boleh dijangkakan ialah the Fed berkemungkinan akan mengurangkan kadar pembelian aset bulanannya atau lebihi dikenali dengan istilah ‘tapering’. Walaupun begitu George tidak menetapkan tarikh tertentu mengenai bilakah proses itu akan dijalankan.
George memberi penekanan bahawa hal ini tidak bermasud bahawa pentadbiran akan beralih ke dasar yang neutral atau lebi ketat namun tapering adalah langkah pertama. Setakat ini ekonomi telah menunjukkan tanda-tanda bahawa ia telah mencapai yang memerlukan langkah yang lebih progresif.
Para penggubal dasar telah menetapkan petanda aras yang penting sebagai indikasi bahawa mereka akan mempertimbangkan kembali dasar monetari hampir sifar.
Pandangan ini diutarakan oleh George dalam persidangan atas talian Jackson Hole the Fed. Persidangan ini sering menghasilkan perkembangan dasar yang ketara, dan tahun ini kemungkinan akan menampilkan perbincangan penting mengenai pengurangan pembelian bon.
Secara tamsilnya, the Fed pada ketika ini sedang meneliti kesan pengurangan bon dan data ekonomi.