Pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Francois Villeroy de Galhau menolak cadangan bahawa bank pusat akan menghentikan pembelian bon lebih awal.
Villeroy, yang juga gabenor bank pusat Perancis, menolak perbincangan beberapa ahli ECB baru-baru ini yang lebih hawkish dengan menyarankan supaya mereka dapat memutuskan untuk mengurangkan pembelian bon secepatnya.
Sejak krisis pandemik tahun lalu, ECB telah melancarkan Program Pembelian Bon Kecemasan Pandemik (PEPP) bernilai €1.85 trilion sehingga Mac 2022, untuk merangsang pinjaman dan mendorong pemulihan ekonomi.
Beliau juga menyifatkan perbincangan tersebut sebagai spekulasi semata-mata, dan mengatakan dasar monetari akan kekal akomodatif walaupun program PEPP akan dikurangkan.
Pada bulan lepas, Presiden ECB Christine Lagarde juga menolak spekulasi tersebut dan mengatakan bahawa ia adalah terlalu awal untuk mula membincangkan mengenai pengurangan PEPPP kerana pandemik coronavirus terus menimbulkan risiko yang serius terhadap prospek ekonomi.
Kenyataan Villeroy bagaimanapun gagal memberi kesan kepada dagangan matawang euro yang terus didagangkan tinggi di tengah-tengah US dolar yang lemah.