TNB bertambah ‘Nur’ lah lepas ini.
Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah menerbitkan Islamik bon atau susuk bernilai RM3 bilion untuk 4 bahagian dibawah Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) pada Khamis, 25 November.
Menurut Bon and Sukuk Information Echange (BIX), 4 bahagian IMTN TNB tersebut mempunyai tempoh selama 7 tahun hingga 20 tahun dengan kadar keuntungan dibayar tahunan antara 3.92% dan 4.67%.
4 bahagian IMTN yang dicadangkan terdiri daripada:
- IMTN bernilai RM300 juta untuk tempoh 7 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 3.92% yang akan matang menjelang 24 November 2028
- IMTN bernilai RM300 juta untuk tempoh 10 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.08% yang akan matang menjelang 25 November 2028
- IMTN bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh 15 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.47% yang akan matang menjelang 25 November 2036
- IMTN bernilai RM1.2 bilion untuk tempoh 20 tahun dengan kadar keuntungan tahunan sebanyak 4.67% yang akan matang menjelang 25 November 2041
Tambah BIX lagi, kesemua 4 skim yang diterbitkan TNB tersebut telah diberi penarafan AAA daripada RAM Rating.
Setakat tengah hari, saham TNB didagangkan RM9.41 dengan nilai pemasaran RM53.83 bilion.