Sebahagian besar daripada sokongan fiskal Australia akan hilang pada akhir bulan ini apabila program subsidi gaji ‘JobKeeper’ oleh kerajaan berakhir.
Menteri Kewangan Australia, Josh Frydenberg pada hari Selasa memberitahu bahawa setelah JobKeeper tamat akhir bulan ini, kerajaaan tidak lagi akan menanggung perbelanjaan ekonomi.
Pengakhiran program ini akan memaksa pentadbiran Perdana Menteri Scott Morrison untuk berfikir dua kali sebelum mereka melaksanakan penutupan sempadan negara kerana kesannya ke atas ekonomi adalah sangat besar.
Program JobKeeper dan JobSeeker yang bernilai $90 bilion akan berakhir pada 28 Mac, walaupun ada pihak yang meminta untuk melanjutkannya.
Menurut Frydenberg , program ini perlu ditamatkan kerana pelanjutannya sehingga lebih 12 bulan akan menjadi tidak produktif kepada ekonomi.
Selain itu, baki penangguhan pinjaman AUD$10 bilion juga akan berkahir pada akhir bulan Mac.
Sementara itu, Frydenberg turut memberitahu pemulihan ekonomi yang lebih kuat daripada dijangkakan oleh Reserve Bank of Australia (RBA) dan kerajaan, adalah disebabkan sokongan daripada pelaburan swasta.