Alamak, pertanda apa ni?
Mahkamah Moscow telah mendenda Twitter sebanyak 3 juta Rubel yang bersamaan dengan US$40,920 kerana kegagalan mereka memadam kandungan yang dianggap haram oleh Rusia.
Sebagai maklum balas, pihak Twitter menafikan perkara tersebut dan menyatakan mereka tidak menyalahi undang-undang Rusia berkenaan kandungan yang diapaprkan pada aplikasi mereka.
Selain Twiter, GitHub, laman web pembangunan perisian yang dibeli oleh Microsoft turut didenda sebanyak 1 juta Rubel.
Twitter bukan aplikasi media sosial pertama yang disaman di Rusia berkenaan kandungan mereka dimana sebelum ini Facebook turut sama di saman atas sebab yang sama.
TikTok
TikTok mengadapi tuntutan mahkamah yang difailkan oleh seorang moderator kandungannya kerana kandungan aplikasi tersebut yang terdedah kepada pornografi kanak-kanak, rogol, pemenggalan kepala dan pencacatan haiwan.
Candie Fraizer, moderator kandungan TikTok telah menfaikan saman ekoran penayangan video yang melibatkan kanibalisime, pecah kepala, penembakan di sekolah, bunuh diri dan terjun bangunan yang terpaksa dilihatnya setiap hari.
Beliau turut menambah kerjanya sebagai moderator sangat tertekan kerana perlu melihat beratus video dalam 12 jam dengan 1 jam masa rehat dan 2 kali rehat 15 minit.
Dalam penfailan tersebut, Fraizer menyatakan TikTok gagal melaksanakan garis panduan seperti menyediakan sokongan psikologi dan mengehadkan peralihan kepada 4 jam sehingga dia mengalami gangguan tekanan akibat trauma.
Pihak TikTok masih belum memberi sebarang komen lanjut mengenai perkara tersebut.
Ini merupakan satu tamparan yang hebat buat TikTok yang dinobat Raja Media Sosial 2021.