US dolar dilaporkan susut berbanding sekumpulan matawang utama pada hari Khamis dengan susut dari paras kemuncak 16 bulan. Ini memberi indikasi kerugian harian pertama dalam tempoh 5 hari yang disebabkan pengambilan keutungan dalam pelabur.
Indeks US dolar telah susut sebanyak 0.2% kepada paras dagangan 96.65 selepas di buka pada 96.80 mata, dan mencecah paras tertinggi pada 96.81 mata. Pada hari semalam, indeks itu jatuh 0.4%, selepai kenaikan harian keempat yang berturut-turut berikutan pengambilang untuk pada paras puncak 16 bulan.
Jabatan Tenaga Kerja AS mendedahkan bahawa jumlah tuntutan pengangguran awal jatuh ke paras terendah sejak 1969. Minit mesyuarat Rizab Persekutuan menunjukkan ahli bank itu terbuka untuk mempercepatkan pengurangan program pembelian bon jika inflasi terus meningkat dan dalam masa yang sama mempercepatkan menaikkan kadar faedah.
Presiden Federal Reserve Bank of San Francisco, Mary Daly, berkata dalam salah satu temu bual bahawa dia akan terbuka untuk mempercepatkan langkah mengurangkan program pembelian bon Fed.
Disisi lain dolar Kanada tidak banyak perubahan berbanding US dolar kerana harga minyak merosot dan data domestik menunjukkan bahawa senarai gaji meningkat pada bulan September. Pada hari Selasa, ia mencecah paras paling lemah dalam hampir lapan minggu pada 1.2744, ditekan oleh turun naik baru-baru ini dalam harga minyak dan spekulasi bahawa Rizab Persekutuan akan mempercepatkan pengurangan program pembelian bonnya.
Pasaran terus memberi tumpuan pada sebarang data penting yang dikeluarkan sebagai indikasi awal untuk membuat persiapan.