Greenback mengurangkan keuntungan berbanding pesaing utamanya, tetapi kekal didagangkan di sekitar paras ketinggian satu tahun dengan sokongan yang kuat dari optimisme pelabur terhadap Federal Reserve (Fed) memulakan pengurangan rangsangan.
Ketika penulisan, indeks dolar sedikit menyusut pada 94.28 berbanding enam matawang utama lain.
Safe-haven US dolar telah mencatat kenaikan besar pada minggu ini menyusuli kenaikan yang dicatatkan hasil bon AS ketika jangkaan untuk bank pusat melaksanakan pengetatan dasar semakin meningkat.
Tekanan dari lonjakan harga tenaga global turut memberi sokongan buat greenback dan hasil bon untuk meningkat lebih tinggi.
Ketika bercakap di forum Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Rabu, Pengerusi Jerome Powell, Presiden Christine Lagarde dan Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey mengatakan mereka akan memantau inflasi yang susulan kenaikan harga tenaga dan pengurangan pengeluaran.
Dolar Aussie yang sensitif risiko menghentikan kenaikan yang diraih pada sesi Asia menyusuli yang mendapat sokongan daripada peningkatan harga bijih besi, eksport utama Australia.
Matawang euro pula terus didagangkan suram di paras terendah sejak Julai 2020, sekitar harga 1.1600 berbanding dolar greenback.
Pelabur kini lebih berhati-hati ketika sesi dagangan menuju ke penghujung minggu dan bulan, yang kebiasaannya akan menyaksikan pengambilan untung dalam pasaran.