Sesi Eropah lebih meriah dengan pergerakan agresif yang dipamerkan oleh kebanyakan matawang utama, terutamanya matawang euro.
Euro melonjak lebih 0.5% dengan didagangkan kukuh pada 1.22190 berbanding dolar greenback yang lemah, menghampiri paras tertinggi 3 bulan pada 1.22440 yang dicatatkan sebelum ini.
Raja matawang USD terus tersungkur lebih rendah pada sesi Eropah, pada 89.75 berbanding pesaing utamanya.
Selain itu, kenyataan terbaru dari pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Francois Vileeroy de Galhau turut memberi sokongan untuk matawang euro meningkat tinggi.
Villeroy memberitahu bahawa beliau tidak melihat akan ada risiko pulangan inflasi yang berkekalan di Zon Eropah, dan oleh itu, tiada keraguan bahawa dasar monetari ECB akan tetap akomodatif.
Hasil bon AS dan Zon Eropah meningkat pada minggu lalu setelah data inflasi AS yang lebih tinggi daripada dijangkakan telah menimbulkan kebimbangan terhadap inflasi yang berterusan.
Sementara itu, data tumpuan sesi Eropah memperlihatkan bacaan pertumbuhan ekonomi yang tidak berubah dari anggaran awal yang dibuat sebelum ini dengan kekal di paras -0.6% pada suku pertama 2021.