Sentimen berisiko terus menguasai pasaran walaupun US dolar bukan satu-satunya matawang yang memperoleh keuntungan. Emas naik ketara sementara matawang safe-haven lain turut mendapat sokongan menjelang pengakhiran dagangan bulan September.
Setelah memacu kenaikan US dolar ke tahap tertinggi satu tahun, pelabur mungkin melepaskannya sebagai pengambilan untung sebelum berakhirnya dagangan akhir bulan dan minggu.
Walaupun begitu, greenback masih didagangkan lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama lain pada 94.32.
Berbanding yen, US dolar diniagakan sedikit susut menyusuli penyusutan hasil bon AS 10 tahun yang kembali di bawah tahap 1.50%.
Pada sesi New York sebelum ini pelabur telah diperlihatkan dengan bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua yang disemak semula menunjukkan pertumbuhan 6.7%.
Data tuntutan pengangguran AS pula terus mengecewakan pasaran menjelang penerbitan laporan pekerjaan NFP pada minggu depan yang menunjukkan kenaikan untuk minggu ketiga berturut-turut.
Sementara itu, Presiden AS Joe Biden akhirnya menandatangani rang undang-undang pembiayaan sementara (stopgap funding) untuk menghalang penutupan pekerjaan ketika Senat masih bergelut untuk mendapat persetujuan dalam menaikkan had siling hutang (debt ceiling).
Mengikuti perkembangan matawang Eropah, euro terus didagangkan lemah di paras terendah sejak Julai pada 1.15700 berbanding greenback. Matawang pound pula juga terus melemah dengan didagangkan di sekitar harga 1.34500.