Pasukan keselamatan Israel dilaporkan melakukan semakin banyak kekasaran terhadap wartawan yang membuat liputan peristiwa di Baitulmuqaddis Timur sejak beberapa bulan terakhir.
Lapor Bernama, rejim Zionis baru-baru ini menangkap wartawan al-Jazeera yang berpangkalan di Qatar, Givara al-Budeiri dan aktivis Palestin, Muna al-Kurd.
Ketegangan di wilayah itu bermula pada akhir April susulan serangan rejim Zionis di Masjid al-Aqsa.
Serangan itu kemudiannya meningkat menjadi kekerasan di Tebing Barat yang diduduki dan kawasan yang dihuni oleh Arab Israel dan berubah menjadi operasi ketenteraan Israel terhadap Semenanjung Gaza yang dikepung.
Wartawan yang membuat liputan mengenai tindakan keganasan di wilayah tersebut menjadi sasaran pasukan Israel.
Malahan, petugas media diserang dengan peluru plastik, gas pemedih mata serta ditahan.
Serangan Israel yang menyasarkan Gaza selama 11 hari berakhir dengan gencatan senjata pada 21 Mei.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Palestin, pada Mei sahaja, berlaku 35 keganasan terhadap wartawan di Baitulmuqaddis.