3 suntikan untuk lawan Omicron, 4 suntikan untuk lawan Megatron.
Satu kajian yang dijalankan oleh Sinovac Biotech Ltd mendapati 3 dos Sinovac Covid-19 mampu menghasilkan antibodi neutral lebih tinggi sebanyak 95% berbanding 3.3% bagi 2 dos terhadap varian membimbangkan (VOC) termasuk Omicron.
Menurut Pearson Liu, jurucakap Sinovac, kajian mendapati vaksin tidak aktif (paling banyak digunakan di dunia), adalah amat berkesan menentang Covid-19.
Kajian dijalankan terhadap 120 peserta penerima 3 dos CoronaVac, telah mengasingkan 323 antibodi ‘monoclonal‘ manusia (antibodi yang dibuat dengan mengklonkan sel darah putih yang unik) yang menyasarkan pelbagai kawasan virus untuk mencari vaksin berkesan dan hasil kajian mendapati lebih 300 antibodi pamerkan aktiviti penghapusan efektif.
Tambahnya lagi, kajian tersebut mendapati 3 dos Sinovac mencukupi untuk membunuh kebanyakan VOC dan varian serta mempunyai keupayaan untuk bertindak balas dengan domain pengikat reseptor Omicron.
Natijah dari kajian tersebut mendapati kira-kira sedozen antibodi menunjukkan kesan peneutralan langsung dan sangat kuat untuk varian Omicron di mana antibodi tersebut melaksanakan peneutralan dengan secara langsung menyekat interaksi antara virus dan sel manusia.
Dalam pada itu, Pharmaniaga merupakan pembekal utama vaksin Sinovac di Malaysia dan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera merupakan pemegang saham utama syarikat.