Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Laporan Pekerjaan UK (Selasa 3.00 Petang): Sektor buruh akan dinilai di UK untuk dipantau oleh bank pusat selepas kenaikan kadar faedah pada mesyuarat polisi baru-baru ini.
Data Indeks Harga Pengeluar AS (Selasa 9.30 Malam): Data PPI Amerika Syarikat dijangka meningkat, menyusuri bacaan inflasi yang tinggi diterbitkan pada minggu lalu. Angka positif akan terus memberi keyakinan terhadap pelabur untuk pengukuhan US dolar.
Data Inflasi UK (Rabu 3.00 Petang): Turut akan menjadi tumpuan oleh bank pusat England (BOE) pada minggu ini adalah terbitan bagi data inflasi di UK dengan bacaan tahunan dijangka kekal untuk bulan Januari.
Data Jualan Runcit AS (Rabu 9.30 Malam): Setelah alami kemerosotan pada bacaan bulan Disember, kadar jualan runcit di Amerika Syarikat untuk bulan Januari lalu diramalkan kembali pulih walaupun ekonomi masih bergelut dengan penularan coronavirus Omicron.
Minit Mesyuarat FOMC (Khamis 3.00 Pagi): Pelabur bakal meneliti minit mesyuarat oleh Federal Reserve (Fed) untuk butiran lanjut susulan keputusan hawkish yang dinilai untuk bank pusat meneruskan langkah pengetatan polisinya.
Laporan Pekerjaan Australia (Khamis 8.30 Pagi): Selepas ekonomi Australia mengalami penurunan bagi pertambahan pekerjaan pada Disember, pasaran menjangkakan pertambahan pada Januari adalah sifar. Sementara kadar pengangguran pula diramalkan tidak berubah.