Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Mesyuarat Polisi Bank Pusat Jepun (Selasa): Bank of Japan (BOJ) masih dijangka untuk mengekalkan dasar monetari yang longgar, tidak mengikuti jejak langkah bank-bank pusat utama yang lain pada minggu lalu yang meneruskan kenaikan kadar faedah.
Data Inflasi Kanada (Rabu 9.30 Malam): Data indeks harga pengguna Kanada untuk bulan November dijangka akan mencatatkan penguncupan lebih mendalam, berkemungkinan bakal mendorong bank pusat untuk meneruskan pengetatan dasar monetari.
Data Keyakinan Pengguna AS (Rabu 11.00 Malam): Pelabur juga akan meneliti tahap keyakinan pengguna di Amerika melalui perbelanjaan untuk menilai kesihatan semasa ekonomi. Data yang diterbitkan akan mempengaruhi pergerakan mata wang US dolar.
Data Pertumbuhan Ekonomi UK (Khamis 3.00 Petang): Bacaan terakhir untuk data keluaran dalam negara kasar (KDNK) di UK untuk suku ketiga akan diperhatikan. Jangkaan tiada perubahan pada bacaan sebelum ini yang telah mencatatkan penguncupan kepada -0.2%.
Data Pertumbuhan Ekonomi AS (Khamis 9.30 Malam): Bacaan akhir bagi KDNK di Amerika untuk suku ketiga diunjurkan tidak berubah berbanding bacaan terdahulu yang telah mencatatkan pengembangan di paras 2.9%.
Data Pertumbuhan Ekonomi Kanada (Jumaat 9.30 Malam): Seperti bacaan data inflasi yang diramalkan suram, pertumbuhan ekonomi di Kanada juga turut dijangkakan perlahan pada bacaan bulan Oktober.