Berikut merupakan sebahagian daripada data-data ekonomi penting yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.
Laporan Data Pekerjaan ADP AS (Rabu 8.15 Malam): Sebelum memberi tumpuan pada data pekerjaan NFP, pelabur akan meneliti petunjuk awal melalui terbitan data pekerjaan bagi sektor swasta di Amerika Syarikat. Angka bacaan data untuk bulan Mac diramalkan sedikit menurun.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar AS (Rabu 8.30 Malam): Bacaan akhir untuk pertumbuhan ekonomi AS untuk suku keempat 2021 dijangka lebih positif untuk meningkat berbanding bacaan terdahulu. Angka yang meningkat akan menambah faktor bagi pengukuhan US dolar.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar UK (Khamis 2.00 Petang): Bacaan akhir pertumbuhan ekonomi di UK dijangkakan tidak berubah berbanding bacaan terdahulu, untuk bacaan bagi suku terakhir 2021 lalu.
Data Keluaran Dalam Negara Kasar Kanada (Khamis 8.30 Malam): Bacaan KDNK bulanan di Kanada untuk Januari yang dijangka meningkat bakal menyokong pergerakan mata wang Loonie dalam pasaran. Bacaan dijangka meningkat dari kepada 0.2% daripada 0.0%.
Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Selepas bacaan angka yang melonjak pada Februari, pertambahan pekerjaan di AS diramalkan sedikit rendah untuk bulan Mac. Namun, kadar pengangguran dijangka menurun dan purata pendapatan pula diunjur meningkat. Pelabur akan menilai setiap bacaan komponen data pekerjaan tersebut yang bakal mempengaruhi pergerakan US dolar di penghujung minggu.
Data PMI Pembuatan AS Tinjauan ISM (Jumaat 10.00 Malam): Data tinjauan untuk sektor pembuatan di AS turut bakal memberi impak terhadap US dolar pada penutup dagangan minggu ini. Namun, bacaan terbaru dijangka tidak mengalami perbezaan yang ketara seperti angka sebelumnya.