Omo, omo, omo! Ottoke? Jinjja? Tapi kalau masuk Malaysia tak ada masalah kot.
Pegawai Korea Fair Trade Commission (KFTC) akan menjalankan siasatan terhadap kenderaan eletrik (EV) buatan Amerika Syarikat (AS), Tesla atas dakwaan memperbesar-besarkan spesifikasi bateri kenderaan tersebut.
Memetik sumber daripada agensi berita Yonhap, pegawai selia antitrust KFTC telah melaporkan EV model 3 Tesla telah memperbesar-besarkan jarak perjalanan kenderaan tersebut, sekaligus melanggar Akta Pelabelan dan Pengiklanan Adil.
Menurut laman web Tesla, model 3 boleh bergerak sejauh 528 km dengan sekali cas, namun pegawai KFTC mendapati jaraknya kurang daripada itu andai suhu turun ke paras bawah beku.
Walau bagaimanapun, para penganalisis berpendapat EV selalunya akan kehilangan jumlah jarak perjalanan semasa musim sejuk.
Setakat artikel ini ditulis, pihak Tesla masih belum megeluarkan sebarang kenyataan lanjut.