Harga emas paparkan aksi harga menurun di sesi Eropah semalam selepas menampilkan petunjuk untuk bergerak dalam trend bearish di awal minggu.
Berkemungkinan pelabur melihat reaksi penyusutan nilai emas adalah dipengaruhi oleh perkembangan rundingan damai Rusia-Ukraine yang positif dan sedikit meredakan kebimbangan dalam pasaran.
Justeru, tarikan terhadap aset safe-haven akan mula berkurangan dalam sentimen pasaran risk-on. Namun pelabur tetap waspada untuk sebarang kemungkinan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, seperti yang dijangkakan harga telah turun menguji paras sokongan pada 1900.00 di sesi Eropah semalam.
Namun, paras tersebut sekali lagi berjaya membendung penurunan lebih rendah untuk melonjakkan kembali harga di atas paras tersebut.
Situasi yang sama ini juga telah berlaku pada penurunan harga di pertengahan Mac lalu ketika reaksi pasaran terhadap mesyuarat FOMC.
Selepas harga meningkat semula ke paras 1920.00 di penghujung sesi New York, kenaikan harga diteruskan namun pada kadar yang perlahan pada dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini di mana harga dilihat menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Sekiranya paras tersebut terus menghalang kenaikan harga emas, trend bearish harga bakal diteruskan dan berkemungkinan harga boleh susut semula ke paras sokongan 1900.00.
Dan penurunan lanjut harga yang berjaya melepasi paras tersebut kemudiannya dijangka akan menguji pula paras tumpuan sekitar 1870.00.
Sebaliknya jika harga berjaya menyambung kenaikan selepas melonjak semula dari paras 1900.00 semalam, tumpuan adalah untuk mencapai semula ke paras 1950.00 yang menjadi tumpuan sebelum ini.
Untuk kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) 1970.00 bakal diuji sebelum harga emas bakal mensasarkan kenaikan untuk menuju paras 2000.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG