Kesan penurunan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) pada bacaan data yang diterbitkan di sesi New York semalam telah memberi kesan positif pada dagangan komoditi termasuk emas.
Harga emas telah melonjak mencatatkan paras ketinggian terbaru 6 bulan disebabkan penyusutan yang ketara pada nilai mata wang US dolar.
Bacaan inflasi tahunan untuk bulan November berada di paras 7.1%, menunjukkan penurunan 5 bulan berturut-turut. Ini juga menguatkan ramalan peningkatan kadar faedah bakal diperlahankan oleh Federal Reserve (Fed).
Justeru, US dolar telah mengalami penyusutan dan membuka ruang untuk emas didagangkan meningkat lebih tinggi.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya dilihat mendatar di atas zon 1780.00 kemudiannya telah melonjak menembusi zon tumpuan 1800.00.
Ketinggian terbaru dicapai pada 1824.00 sebelum harga berundur semula untuk menutup dagangan di penghujung sesi New York dengan mendatar di sekitar 1810.00.
Pergerakan mendatar harga tersebut kekal sehingga bersambung di sesi Asia dan awal sesi Eropah hari ini (Rabu).
Memberi gambaran pergerakan harga masih dalam trend bullish apabila harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Jangkaan untuk kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, jika mengatasi ketinggian semalam seterusnya bakal menguji pula zon penting pada 1830.00.
Selepas harga menembusi rintangan tersebut, sasaran terbaru adalah pada ketinggian 1870.00 pula untuk dicapai.
Namun, jika penurunan pula yang berlaku, berkemungkinan zon 1800.00 akan menunjukkan reaksi menarik harga sebelum dinilai bagi petunjuk pergerakan selanjutnya.
Penurunan yang diteruskan dilihat akan ke paras sokongan awal minggu sekitar 1780.00 sebelum pergerakan trend bearish lebih jelas akan mendorong harag menuju ke zon 1760.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG