Sambung penurunan lagi! Nilai emas terus menyusut menuju ke dagangan minggu ini membuat pelabur terus bermuram.
Namun, situasi ini sememangnya sudah dijangkakan lebih awal dan pelabur sudah bersedia untuk kejatuhan emas sejak awal minggu lagi.
Tekanan terhadap emas adalah datang daripada pengukuhan US dolar yang dinilai akan terus memacu untuk tempoh lebih panjang selepas petunjuk daripada data inflasi Amerika Syarikat (AS) dan juga langkah pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed).
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah memperlihatkan harga susut lebih rendah pada dagangan Khamis semalam melepasi zon support pada 1830.00.
Penurunan yang bersambung pada sesi New York semalam telah mencecah ke paras terendah terbaru 13 minggu ke sekitar 1810.00.
Penurunan harga di awal minggu di bawah paras 1870.00 telah mencetuskan jangkaan untuk penyusutan lebih rendah untuk emas sementara harga dilihat kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sebagai isyarat trend bearish.
Dengan jangkaan oleh penganalisis untuk harga emas terus mengalami kejatuhan, sasaran harga seterusnya adalah pada zon tumpuan 1800.00.
Kali terakhir harga berlegar di zon tersebut adalah sekitar daganga Februari lalu sebelum pasaran menyaksikan lonjakan emas pada awal Mac mencapai ketinggian 2000.00.
Sekiranya kenaikan harga emas boleh berlaku semula, zon ketinggian tersebut boleh dicapai, namun memerlukan faktor yang kukuh menyokong dagangan emas.
Kenaikan harga yang melepasi paras 1830.00 semula dilihat akan kembali menguji paras-paras sasaran tumpuan sebelum ini semula seperti pada zon 1870.00 dan seterusnya pada 1900.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG