Komoditi emas turut tercalar mengakhiri dagangan minggu lalu selepas pelabur menyusuri minggu yang bergelora berdepan keputusan beberapa mesyuarat bank pusat utama yang berlangsung serentak pada hari yang sama di samping kejutan campur tangan kerajaan Jepun dalam pasaran.
Pergerakan US dolar yang bercampur-campur dengan perubahan arah harga yang dipamerkan telah turut mempengaruhi pergerakan nilai semasa emas.
Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat pergerakan mendatar harga sejak awal minggu lalu kemudiannya memberi isyarat untuk menyambung corak bearish sebelum ini pada penutup dagangan minggu tersebut.
Penurunan harga di akhir-akhir sesi menyaksikan zon sokongan harga buat emas di sekitar 1655.00 telah berjaya ditembusi sebelum harga mencecah ke paras tumpuan 1640.00 pada penutup minggu lalu.
Membuka dagangan di awal minggu ini di sesi Asia, harga menunjukkan penurunan lebih rendah di bawah paras 1640.00 hingga mencecah sekitar 1627.00 sebelum mempamerkan lantunan semula harga bersambung ke awal dagangan sesi Eropah.
Namun, harga masih dilihat berada dalam trend bearish dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.
Kenaikan harga yang dipamerkan di sesi Eropah dijangka untuk menguji zon 1655.00 yang akan membentuk zon SBR (support become resistance) yang terbaru.
Dan sekiranya harga berjaya melepasi zon tersebut dan juga melepasi halangan MA50, ini akan menjadi petunjuk awal untuk nilai emas melonjak lebih tinggi.
Kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke sekitar 1680.00 pula untuk menguji zon yang menjadi rintangan pada minggu lalu itu.
Namun jika corak bearish harga terus dikekalkan, penurunan harga bakal melepasi paras terendah terbaru yang dicatatkan di sesi Asia pagi ini.
Penurunan lebih rendah harga emas berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke sekitar 1600.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG