Terus menyerlah dan bersinar di penghujung minggu, nilai emas akhirnya berjaya melonjak mencapai paras $1,800.
Masih didorong oleh faktor yang sama, penyusutan ketara US dolar terus bersambung sepanjang dagangan Khamis semalam ketika pasaran menghadam kenyataan bernada dovish oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.
Malah, menguatkan lagi prospek kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan pada mesyuarat Disember ini, data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan di sesi New York semalam memaparkan bacaan yang suram.
Menatap carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah melonjak melepasi rintangan pada zon 1783.00 sebelum mencapai paras tumpuan 1800.00 semalam.
Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) terus mencadangkan trend bullish masih akan dikekalkan.
Namun, pergerakan harga yang bersambung pada hari ini (Jumaat) mendatar di paras 1800.00 dari sesi Asia ke sesi Eropah sementara dijangka pergerakan lebih agresif pada sesi berikutnya.
Kenaikan harga emas jika diteruskan lebih tinggi selepas ini akan mensasarkan pula ke ketinggian 1830.00 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 6 bulan.
Namun, jika paras 1800.00 menghadkan kenaikan lebih tinggi buat emas, penurunan harga boleh berlaku semula dan melenyapkan harapan para pelabur.
Penurunan awal bakal memberi reaksi pada zon 1783.00 sebelum penurunan dilanjutkan lebih rendah menuju pula zon RBS (resistance become support) pada 1760.00.
Menuju ke zon tersebut juga berkemungkinan telah memberi isyarat perubahan trend bearish semula buat emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG