Dagangan emas menyambung prestasi cemerlang minggu lalu pada pembukaan pasaran awal minggu ini dengan memaparkan semula corak kenaikan harga untuk komoditi berharga itu.
Situasi ini didorong oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran yang turut membuka ruang bukan kepada emas sahaja, malah kepada mata wang utama yang lain dalam pasaran untuk meningkat.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan lonjakan harga emas pada minggu lalu dari paras sokongan sekitar 1810.00.
Harga telah melonjak hampir menyentuh paras 1850.00 dan menguji zon rintangan tersebut pada penghujung minggu.
Pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD kekal memberi isyarat bullish buat dagangan emas.
Menyambung dagangan pada awal minggu ini, harga meneruskan kenaikan mengatasi paras ketinggian dicapai minggu lalu menuju ke paras sekitar 1858.00 bersambung ke sesi pasaran Eropah.
Corak kenaikan harga yang dipaparkan mendorong jangkaan harga untuk meneruskan pendakian lebih tinggi menuju ke zon tumpuan sebelum ini iaitu 1870.00.
Seterusnya, kenaikan yang melepasi zon tersebut akan mensasarkan pula ke paras ketinggian 1900.00 setelah beberapa minggu harga emas bergerak susut di bawah paras tersebut.
Namun, pelabur tidak menolak sebarang kejutan boleh berlaku dalam pasaran yang berkemungkinan akan membuatkan harga emas susut semula.
Sekiranya penurunan harga berlaku, paras sokongan harga dilihat pada zon 1830.00 yang bakal diuji harga.
Penurunan lebih rendah untuk isyarat perubahan trend bearish akan mendorong harga kembali semula menjejaki zon tumpuan 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG