Selepas terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam, US dolar telah menambahkan tekanan terhadap dagangan komoditi emas yang terus tersungkur menuju penghujung minggu.
Kenaikan kadar inflasi Amerika Syarikat (AS) mencapai paras 9.1% pada Jun 2022, peningkatan yang tertinggi terbaru sejak November 1981.
Kenaikan tersebut adalah lebih buruk mengatasi jangkaan 8.8% sementara bacaan CPI bulanan yang diterbitkan juga dilihat meningkat kepada 1.3% melebihi daripada jangkaan 1.1%.
Dijangkakan Federal Reserve (Fed) bakal membuat kenaikan sebanyak 75 mata asas atau mengikuti jejak langkah Bank Of Canada (BOC) yang telah membuat kenaikan kadar sehingga 100 mata asas pada mesyuarat polisinya semalam.
US dolar yang terus mengukuh dilihat bakal membenam harga emas susut lebih rendah walaupun emas mempunyai kelebihan dalam sentimen pasaran yang berisiko sebagai aset safe-haven.
Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat cuba untuk membuat penurunan melepasi zon sokongan 1720.00 ketika reaksi awal terhadap terbitan data inflasi AS semalam.
Namun, harga emas kembali melonjak semula melepasi 1720.00 dan mencapai ketinggian 1745.00 sebelum menutup dagangan lebih rendah semula di penghujung sesi New York.
Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), pelabur menilai isyarat pergerakan trend bearish semula dengan pergerakan harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Harga dilihat bergerak mendatar sekitar 1732.00 hingga 1725.00 sebelum penurunan diteruskan pada sesi Eropah petang ini dan kembali menguji semula zon sokongan harga pada 172o.00.
Jika corak bearish terus dipaparkan, penurunan lanjut harga emas dilihat bakal mencatatkan paras terendah terbaru 11 bulan dengan sasaran seterusnya berkemungkinan boleh mencecah ke paras sekitar 1680.00.
Sebaliknya jika berlaku perubahan trend bullish semula, harga bakal membuat kenaikan menguji semula halangan MA50 sebelum meneruskan kenaikan menuju zon rintangan pada 1760.00.
Lonjakan lebih tinggi harga emas berkemungkinan akan mencapai semula ke zon 1785.00 sebelum mensasarkan kembali ke zon tumpuan 1800.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG