Pelabur akan kekal berwaspada untuk dagangan beberapa hari ini dengan suasana pasaran diselubungi kebimbangan menjelang keputusan mesyuarat beberapa bank pusat utama dan yang paling menjadi tumpuan adalah Federal Reserve (Fed).
Pergerakan harga bagi komoditi emas juga dilihat tidak menentu dengan penurunan dipaparkan semula selepas corak kenaikan diperlihatkan minggu lalu.
Situasi tersebut dipacu oleh pergerakan US dolar yang masih belum menunjukkan arah yang jelas selain data inflasi Amerika Syarikat (AS) di sesi New York sebentar lagi akan diberi tumpuan.
Mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis akan menjangkakan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas, menunjukkan langkah memperlahankan dasar oleh Fed.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan corak kenaikan telah dipaparkan sehingga ke penghujung minggu lalu sebelum penurunan dipaparkan di awal minggu ini.
Harga pada Jumaat telah menguji zon 1800.00 sebelum menutup dagangan sesi akhir minggu tersebut di bawah zon 1800.00 semula.
Menyambung dagangan pada Isnin semalam, harga telah susut lebih rendah sehingga ke paras sekitar 1780.00.
Turut memberi isyarat perubahan trend buat emas apabila harga mula bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.
Pergerakan harga emas perlahan bersambung pada hari ini (Selasa) dan masih berlegar di bawah paras MA50 sehingga setakat awal sesi Eropah.
Penurunan lebih rendah akan dijangkakan untuk harga emas susut menuju semula ke zon 1760.00.
Berkemungkinan harga akan jatuh di bawah zon tersebut setelah lonjakan harga pada penghujung November lalu telah berjaya menembusinya.
Sementara, untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, harga akan menguji zon 1800.00 dan akan turut memberi isyarat perubahan trend bullish semula.
Sekiranya berjaya melonjak tinggi, harga emas akan catatkan ketinggian terbaru 6 bulan dengan jangkaan utnuk mencapai pula sasaran sekitar 1830.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG