Dagangan emas semasa turut dipengaruhi oleh keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi yang menjadi acara tumpuan utama pada minggu ini.
Positif buat emas, US dolar telah paparkan penyusutan selepas pengumuman kenaikan kadar oleh Federal Reserve (Fed) yang menyangkal jangkaan pelabur untuk menyaksikan pengukuhan raja mata wang itu.
Penyusutan US dolar telah kembali memberi ruang untuk emas didagangkan meningkat semula bersambung pada dagangan hari ini (Khamis).
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada awalnya telah menyaksikan harga susut rendah menguji paras tumpuan jangkaan sebelum ini iaitu paras 1900.00.
Namun, harga kembali dihenjut semula meningkat ke paras sekitar 1930.00 dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD pada penghujung sesi New York.
Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini, harga tampaknya meneruskan kenaikan melepasi halangan MA50 memberi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish semula buat emas.
Kenaikan harga bakal menguji paras rintangan pada 1950.00 sebelum menuju ke zon SBR (support become resistance) 1970.00 pada kenaikan yang diteruskan.
Sementara, sekiranya harga kembali menyambung lagi penurunan yang telah dipamerkan sejak awal minggu, paras sokongan pada 1900.00 akan kembali diuji sekali lagi.
Jika paras tersebut gagal membendung kejatuhan harga emas lebih rendah, penurunan dijangka akan menuju ke paras 1870.00 untuk menguji pula zon RBS (resistance become support) tersebut.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG