Harga emas turut pamerkan lonjakan semula susulan penyusutan oleh US dolar selepas teka-teki keputusan mesyuarat FOMC telah terjawab pada awal pagi tadi.
Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah sehingga 50 mata asas, namun kenyataan susulan oleh Pengerusi Jerome Powell kemudiannya mendapat reaksi negatif pelabur menyaksikan US dolar melemah.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar memperlihatkan kenaikan harga yang lebih jelas selepas pergerakan mendatar di awal minggu.
Masih lagi berlegar di paras-paras tumpuan sebelum ini, harga yang mendatar di zon 1870.00 di awal minggu kemudiannya telah melonjak ke paras ketinggian 1900.00 pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini.
Sedikit penurunan pada awal sesi Eropah, namun jangkaan harga emas akan meneruskan lagi kenaikan pada sesi berikutnya ekoran tumpuan yang beralih pula kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di penghujung minggu.
Sekiranya kenaikan harga emas berterusan, jangkaan untuk sasaran ke paras tumpuan seterusnya adalah ke sekitar 1950.00 semula dan untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada sasaran 2000.00.
Namun, waspada sekiranya US dolar kembali mengukuh semula dan memberi tekanan terhadap emas.
Harga boleh susut semula ke paras 1870.00 atau zon support minggu lalu sekitar 1850.00 akan menjadi tumpuan untuk penurunan lebih rendah.
Laporan pekerjaan NFP AS dilihat akan memacu pergerakan harga selanjutnya buat US dolar untuk pelabur menentukan arah pasaran pada minggu berikutnya.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG