Beri kejutan awal buat para pelabur emas apabila harga logam kuning berharga itu membuat terjunan drastik pada dagangan Isnin semalam bagi memulakan pembukaan dagangan 2022.
Hal ini adalah berikutan US dolar yang telah mulakan langkah pengukuhannya dengan dicetuskan oleh lonjakan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) melepasi paras 1.60%.
Pelabur menjangkakan US dolar bakal kembali ke landasan pengukuhannya dengan langkah pengetatan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) untuk mempercepatkan pengurangan pembelian bon (tapering) dan juga jangkaan untuk kenaikan kadar lebih cepat.
Dengan pengukuhan US dolar telah memberi tekanan terhadap harga emas yang telah berjaya mencapai paras tertinggi 5 minggu pada penutup 2021 Jumaat lalu.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat telah menjunam dari ketinggian 1830.00 sehingga ke paras tumpuan 1800.00.
Harga telah bergerak susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam semula memberi petunjuk untuk trend bearish mungkin bakal bermula.
Paras 1800.00 menjadi zon penting yang akan memberi isyarat arah pergerakan harga seterusnya, namun penganalisis cenderung melihat harga emas bakal meneruskan penyusutan lebih rendah.
Zon RBS (resistance become support) 1790.00 akan menjadi paras tumpuan bagi penurunan seterusnya sebelum menyambung trend bearish ke zon support 1760.00.
Sementara, untuk jangkaan pergerakan kenaikan harga emas pula, sekiranya paras 1800.00 berjaya melonjakkan semula harga sebagai paras support, ketinggian 1830.00 sebagai paras rintangan akan sekali lagi diuji untuk ditembusi.
Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu dengan jangkaan menuju zon 1850.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG