Setelah mengalami penyusutan ke paras terendah terbaru 2 tahun pada dagangan penghujung minggu lalu, komoditi emas memulakan dagangan awal minggu ini dengan lebih perlahan.
Pelabur juga dilihat mengambil langkah berhati-hati sementara menunggu jawapan terhadap keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.
Ini adalah disebabkan kesan keputusan mesyuarat yang memberi impak terhadap US dolar bakal memberi tempias terhadap pergerakan semasa emas.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan pergerakan emas terhalang di paras rintangan 1680.00 pada dagangan awal minggu ini.
Di sesi Asia semalam, harga pada mulanya dilihat membuat penurunan, namun sekadar ke paras 1660.00 tidak berjaya untuk mencecah paras terendah terbaru yang dicatatkan pada Jumaat lalu sekitar 1654.00.
Kenaikan harga emas pada sesi New York semalam dilihat mula melepasi paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dan memberi petunjuk positif buat pelabur untuk pergerakan harga berubah bullish.
Namun kenaikan harga masih tetap gagal untuk melepasi rintangan 1680.00 pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi Selasa ini dengan penurunan perlahan dipamerkan ke sesi Eropah.
Paras sokongan MA50 diuji untuk isyarat pergerakan harga emas selanjutnya.
Jika harga emas berjaya membuat lonjakan dan melepasi rintangan pada 1680.00 terdapat potensi lebih cerah untuk melebarkan sayap untuk terbang lebih tinggi menuju ke zon rintangan seterusnya pada 1700.00.
Dengan kenaikan yang berjaya diteruskan pada trend bullish tersebut, harga bakal kembali semula menuju paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1720.00.
Namun, jika harga emas pamerkan pergerakan menurun, berkemungkinan paras yang dicecah minggu lalu akan berjaya diatasi.
Penurunan lanjut harga seterusnya dilihat akan menuju pula ke paras sokongan lebih rendah sekitar 1640.00 untuk catatkan paras terendah 2 tahun terbaru lagi.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG