Dagangan komoditi emas sudah menunjukkan pergerakan harga yang positif pada penghujung minggu lalu ketika menutup tirai dagangan bulan September.
Faktor pengambilan untung (profit taking) terhadap US dolar dilihat telah mendorong peningkatan semula nilai emas dalam pasaran minggu lalu setelah susut ke paras $1,615.
Selepas mengekalkan corak penurunan harga beberapa minggu, terdapat perubahan pada corak harga yang lebih positif buat emas untuk menyambung dagangan pembukaan bulan Oktober pada minggu ini.
Jika diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menyaksikan harga yang susut ke paras 1615.00 telah melonjak semula Rabu lalu sebelum penganalisis menilai sebagai isyarat awal perubahan trend bullish.
Harga telah melonjak melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD dan pergerakan harga masih kekal berada di atas paras MA50 tersebut bersambung di awal minggu ini.
Setakat Jumaat lalu, harga emas telah meningkat ke paras ketinggian sekitar 1675.00.
Pergerakan mendatar harga dipamerkan pada sesi-sesi awal minggu ini di sekitar 1662.00, harga emas dijangkakan untuk menyambung kenaikan ke zon tumpuan pada 1680.00.
Penganalisis menjangkakan bakal ada reaksi menarik harga pada zon tersebut, setelah dagangan pada minggu-minggu sebelum ini gagal melepasinya.
Sekiranya harga berjaya tembus rintangan tersebut, kenaikan lebih tinggi dilihat akan dipacu menuju sekitar 1700.00 terlebih dahulu sebelum melanjutkan pendakian harga ke paras 1720.00.
Sementara, jika dagangan emas kecundang semula minggu ini, harga bakal susut semula menuju sekitar zon RBS (resistance become support) pada 1640.00 selepas isyarat bearish harga yang turun di bawah paras MA50.
Menanti penurunan harga yang diteruskan adalah zon support yang dicecah minggu lalu pada 1615.00, yang menjadi rekod terendah emas untuk tempoh 2 tahun, terendah sejak April 2020.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG