Dagangan komoditi emas bakal mengakhiri penghujung 2022 ini dengan pergerakan mendatar jika tiada sebarang kejutan yang ditampilkan pada sesi-sesi terakhir ini.
Penganalisis telah menjangkakan suasana pasaran yang suram di minggu terakhir ini dengan operasi bank-bank ‘berehat’ seketika dan ketiadaan data-data ekonomi berimpak tinggi untuk menggerakkan pasaran.
Perkembangan pembukaan ekonomi China serta risiko penularan Covid-19 masih lagi menjadi pemantauan pelabur dalam pasaran untuk menilai rentak pergerakan pasaran kewangan di awal 2023.
Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan pelabur sepanjang minggu ini walaupun ada ‘kemanisan’ pada pergerakan harga Selasa lalu.
Harga yang berjaya melonjak ke paras ketinggian terbaru mencapai 1830.00 kemudiannya menyusut rendah semula pada hari berikutnya.
Namun, zon penting 1800.00 dilihat berjaya menghalang harga daripada jatuh lebih rendah dengan corak kenaikan kembali dipamerkan pada Khamis semalam.
Sehingga penghujung sesi New York, harga telah mencapai sekitar 1820.00 dari paras tersebut menjadi kawasan harga berlegar sehingga sesi Eropah petang ini (Jumaat).
Berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD menjadi pencetus awal bagi jangkaan pergerakan bullish buat emas.
Namun paras rintangan pada 1830.00 perlu ditembusi terlebih dahulu untuk isyarat lebih jelas bagi trend bullish harga.
Bagi kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan, sasaran berikutnya adalah untuk harga menuju sekitar 1850.00 dan 1870.00 pula.
Sementara, untuk jangkaan bagi penurunan harga pula, paras 1800.00 dilihat bakal diuji dan reaksi harga pada zon tersebut akan dinilai.
Sekiranya harga jatuh lebih rendah tembusi zon tersebut, sekitar 1780.00 bakal menjadi kawasan tumpuan harga sebelum dijangka meneruskan penurunan ke zon 1760.00.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG